Random Story
Queen.
Hello,welcome to my tumblr blog. I'm the owner of this site. Please be nice here. No harshwords. Im the big fans of korean pop boys group. Yeah. Hate me just because Im kpoppers? Hahaha hey! No one care about it and you can get lost from my site. We have our own idols and just mind your own business fucking haters!
Mine.
ENTRY LADY STUFF GALLERY ARCHIVE FOLLOW
Loves.
People I love. Muhammad Danial Haikal. He's my bae. I love him so much. He's mine. Xiao Luhan. He's my husband. V @ Taehyung. My scandal. Joy & I rene my step-sisters. Tiffany my beloved sister. Danial is my body. EXO is my heart. BTS is my soul. Red Velvet is my ears. SNSD is my eyes.

Applause to.
Template design:RJUZ96
Editor/editing progress:100% save
Skin Maker:RJUZ96
Basecodes:RJUZ96 | Blogskin skins
Skin editor:A N Y S
#Do not removes the credits#



6 Ciri Diet SALAH!

Large
Yeobo. Huh tah nape pulak tetybe nak post pasal DIET XD Hee~ Usually kan.. Korang diet macamane pon..., Berat tetap same je. TAK TURUN-2! Kenapa ekk?! Bec aku pun cenggitu jugak. Tapi seumur hidup tak terniat pon nak berdiet :P Ahahaha! Okay-2. Kepada sesiapa yang tengah berdiet ni.., Bace la ekk? There some tips for you. Ehh ni bukan tips. FACTS.

1. Tak Konsisten.
This is cause kenapa diet korang always FAIL! For the first diet, kemain semangat lagi. But when pertengahan korang selalu melanggar apa yang dah korang buat. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, korang must konsisten and berdisiplin. Whoah. Hahaha. Nak cantik memang sakit..., tu ah ayat keramat yang perlu ditanam dalam diri ^O^ Ohokss~

2. Tak Ambik Sarapan.
Reason why breakfast begitu penting. Because bila korang bangun tidur, badan dah berpuasa selaam lapan jam lebih. Badan korang need nutrition secepat mungkin and if tak dipenuhi, ia akan mengambil nutririon yang ade kat muscle and can damage kadar metabolisme korang. Directly, telah membuatkan badan korang kehilangan kemampuan dalam fat burner :D

3. Ubat Pelansing.
Banyak pil diet yang boleh bakar lemak, but well. Tak ada penelitian yang boleh membuktinya khasiatnya. Conclusion, pengambilan ubat diet belum tentu bagi effect kepada apa yang korang nak :3

4. Diet Tanpa Bersukan.
Ehem... Yang ni? If korang try semaksimum mungkin mengatur pola makan sihat namun berat badan tak jugak turun! Hish ni yang stress ni! Try lah bersukan or buat senaman like berolahraga or work out sikit kat gym :3 Ia boleh menjadi satu alternatif untuk pembakaran lemak. Korang tak payah takut badan tu jadi bermuscle macam laki. No. Sebaliknya seimbangka ia dengan pengambilan suplemen khas untuk kecergasan.

5. Saiz Hidangan.
Tak makan atau makan terlalu sedikit sangat lah salah! Idealnya, korang perlu makan tiga kali saiz hidangan yang besar dalam sehari dan seimbangkannya dengan dua saiz hidangan yang kecik. Badan korang akan lebih mudah mencerna dan korang tak akan merasa cepat lapar if makan dalam hidangan yang kecik ciput but kerap :)

6. Kurang Tidur.
This always terjadi kat aku. Bec aku malam-2 biasanya jadi burung hantu. Tak cukup tidur menjadi faktor badan korang letih and lesu sekaligus menghalang penurunan berat badan berlaku. Imagine..., if tak cukup tidur, perut akan selalu lapar dan korang termasuk aku akan makan untuk menghilangkan rasa lapar >< Bagi mengelak berat badan bertambah, pastikan tidur cukup sekurang-kurangnya lapan jam :)


#So that's all. Diet tu aku memang tak boleh! Setiap kali akan berasa LAPAR XD haha bye2.



Labels:

Rahsia mata seorang PEREMPUAN....

408929_277535158986498_276167645789916_652390_1967923121_n_large
Assalamualaikum and annyeong chingu[s] ^_^ Heehee... Tadi tu KUKU.. Sekarang ni MATA seorang PEREMPUAN... Mata korang jenis yang macam mana ekk? Mata aku...? Kejap ye.... Mata aku jenis mata sedang... OHMAIIGAWDD! Heww~ Baca lah :\ Hee <3 Tiut tiut ^_^

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar 
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip 
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung 
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup 
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

#oh oh oh!! aku perlukan belaian suami >_< OHGAWCHHH <3

#BUDAKETODD

Labels:

The secret of your nail :)

Tumblr_lxnzg0ovtf1qbcag7o1_500_large
Assalamualaikum and annyeong chingu[s] :') Wew :) Tadi baru balik daripada jumpa biyy :* Hewhew.... Today, I want share this secret to you... :) Hope, enjoy it :)

1. Kuku yang baik, rapi dan indah.
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku yang macamni, jarang dimiliki orang yang berbadan besar and kuat!

2. Bentuk kuku pendek tapi lebar.
Biasanya orang yang memiliki kuku yang macamni memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang mempunyai kuku yang macamni juga sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat.
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit.
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tapi rata.
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan,

6. Bentuk kuku langsing.
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat warna kuning.
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti bentuk biji timun.
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tapi besar dan tebal.
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing.
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan.
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut)
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir.
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam.
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

#so, setakat ni yang boleh aku bagi ^^ Huuhuu.. Ada tak yang berkaitan dengan korang?? O.o

#BUDAKETODD

Labels:

9 Diet tricks spirit rise

Tumblr_lzl7gvqynt1r9bhjbo1_1280_large
Assalamualaikum and annyeong korang :] Huihui ^_^ Tadi aku tidur memang kawkaw punya!! Tidur tak hengat dunia wooo ^_^ Aku memang penat tahap maximum lah tadii :\ Bangun bangun je, cerita Doraemon dah start :) Hewhew ^o^ Hurmm... Now, aku dah berisi sikit :\ CHEWW~ *mukasedih* Macam manalah berat aku boleh naik? :\ Dulu 39.6 tauu.... Once aku timbang dekat sekolah, berat dah naik :'[ Terus naik ke 40 kg T^T Errr!!! Mana taknya, makan 24 jam je kejenya :'] Phewphew ^o^ Nampak sangat ketara daripada dulu :'[ Lengan aku dah tembumm dah :'[ Member aku cakap, muka aku dah nampak bulat dah T.T Perut aku?? Jangan cakap lahh!! Dah sama dengan perut ayah aku dah haa! :[ Sedih oii... Nak diet, tapi... Member aku cakap.... "Kau tak payah diet la Anys... Kau dah kurus.. Kang kau diet, pengsan pulak... Kau cuma perlu buat senaman sikit untuk kempiskan perut kau tu.. Faham?" Ohh!! Yelah... Aku faham aku faham... :'] Thank[s] ye pakar :P Baheee~ Aku ni dahlah suka makan coklat banyak-banyak :D #kpeace# Aku taknak banyak cakap.. Kau baca lah tip[s] ni.. Aku pakai taram je.... (Y) 

9 Helah Bangkit Semangat Diet ^o^
Time stand kat atas penimbang berat, hati start lah dup dap dup dap kann? Bimbang jarum pemberat tunjuk angka yang tak diingini. Kalau past week 48 kilogram, this week ni naik lagi sekilo.. OOMAIGOD!! Eh! Bukan ke dah amalkan strict diet? Kenapa still tak turun? Malah semakin NAIK pulak!? OHNOO!!

Hah? Kenapa boleh jadi macamtu? Mesti korang tak amalkan disiplin yang tinggi, stamina and motivasi untuk terus lakukan program diet until success kan? Alahai, baru one week, and hope penurunan berat badan. No way! Hasilnye tak akan nampak dalam masa yang diharapkan. So,  jangan menyerah menyerah kalah okey!? Korang mesti boleh menikmati program diet dengan calm sekaligus mampu menurunkan berat badan yang diidam-idamkan.. Nak tahu trick nya? Jom baca ni ^o^


Tumblr_lnart1fq061qa2xsmo1_400_large
#1. Jangan halang keenakan makanan.
Pantang nampak makanan makanan yang sweet je mulalah tangan nak menjalar nak capai lalu sumbat dalam mult ^o^ Macam aku letew o.O Haih.. Macam mana nak kurus ni? Boleh tu maybe boleh... But, biarlah jumlah pengambilan tu berpatutan dengan program diet korang. Sesekali menahan godaan fav. food[s] tak salah. Tapi kan bagus kalau setakat menjamah je. Kalau nampak kek coklat depan mata, cukuplah just menjamah sepotong and nipissss je... Lebih bagus, kalau kek coklat depan mata tu, rendah content gula kann? #tapi akuu? jangan harap lew :P Aku kan suka benda-benda manis ni :P WEKK!! 

5911232031_c9a51d3818_z_large
#2. Additional flavours.
Bosan jugak kalau tengok menu makanan diet korang asyik-2 menu yang sama je. Asyik-2 bentuk hidangan yang sama. Naik jemu! So, apa kata sesekali korang tukar sikit cara masakan dengan 'aksesori' tambahan seperti daun pudina atau paprika kat telur omelette korang tu. 'Aksesori' tambahan ni boleh menambah perisa makanan diet korang tu nanti. And apa yang penting, tambahkan lagi 'kecantikan' kat luarannya. Walaupun agak tawar, but when lihat creativity korang untuk memvariasikan flavour bagi menambahkan kesedapan makanan.

Tumblr_lv9fm5jjb51qbk3f2o1_500_large
#3. Hot drink[s]
Ramai gurlz mengamalkan pemaknan seimbang, just focus terhadap pengambilan makanan berkhasiat like salad, fruit[s] and vegetable[s]... Korang pulak, bukannya focus terhadap makanan sihat sebaliknya asyik membayangkan makanan enak on your mind! #macam aku... asyik terbayangkan ice cream and chocolate <3 YUMYUM!! Daripada asyik terbayang-bayang makanan, apa kata redakan rasa lapar dan perut serta soul lara korang tu dengan secawan teh herb[s] or hot chocolate yang low fat? Hot drink[s] ni actually boleh menahan rasa lapar tau! Try lah ehh?

Tumblr_lzf0q8vynb1qbaxbfo1_500_large
#4. Appear attractive.
Sometimes, part yang paling bored ialah makanan yang sama je. Asyik-2 makanan tu je setiap minggu. Bagi menampakkan makanan itu lain dari week yang sebelum ni [walaupun makanan tu adalah yang sama], try hidangkan makanan tersebut dengan cara yang different. Jadikan dish korang tu special bagi mencantikkan lagi makanan tu. Barulah berselera! Contohnya, then treat yogurt low fat dalam gelas yang cantik serta hiaskan dengan fresh fruit[s] pada gelas tersebut. Or maybe korang boleh menggunakan mangkuk yang cantik ketika menghidangkan oatmeal.. #alah.. aku makan yogurt dekat tutti fruitti dah bagus :3

632431-9-1329573783077_large
#5. Smile alway[s] ^_^
"Senyum seindah suria.. yang membawa bahagia.. senyumlah dari hati, duniamu berseri.." HEHE!! Menyanyi pulak --' Kat dalam lagu tu dah bagitahu ia boleh membawa HAPPINESS :) So, ketika korang menyuakan makanan diet ke dalam mulut, jangan lupa untuk meleretkan senyum.. Korang harus senyum bukansebab terpaksa.. Sebaliknya senyum itu adalah untuk hasil yang bakal korang dapati setelah merawatnya dengan makanan sihat. Kalau sihat tubuh badan, moga-2 umur korang jugak panjang and tak dihidapi penyakit cronic >,<

Rice_large
#6. Carbohydrate.
Tahu tak korang, mengamalkan diet yang low carbohydrate actually boleh membawa kepada stress? Hurmm.... Kalau tak tahu, eloklah ambik makanan kaya dengan karbohidrat. But, jangan ambik berlebihan ekk? Karbohidrat membebaskan serotonin iaitu sejenis hormon yang membuatkan hidup korang merasa lebih tenang and healthy.. Kalau tak jamah  langsung content karbohidrat, otak akan berhenti menyeimbangkan kadar serotonin dalam badan lantas melemahkan semangat korang untuk teruskan rutin harian. 

25+janeiro+(18)_large
#7. Jalan kaki.
Kebiasaannya, korang lebih gemar mengambil dessert after makan. Daripada kunyah makanan yang boleh mendatangkan kegemukan, jom lah sama-2 berjalan kaki. Alahai, kalau berjalan keliling rumah pun takpe. Janji korang berjalan untuk membakar kalori serta membantu proses pencernaan badan berjalan dengan lancar. Ambillah masa sekejap 10 until 15 minutes. After that, try rasai nikmat kesegaran and ketenangan sesudah beriadah ringan. Lepas ni, takde lagi sesiapa yang mengadu kekejangan otot yew!!

Tumblr_l1gwb5ftnv1qzbgrio1_400_large
#8. Catatan perjalanan diet ku!
Hah! Jangan pandai tulis diary jea! Kena jugak pandai tulis perjalanan and perkembangan diet korang tu. Rajin-2 lah mengira kalori korang yang lost minggu demi minggu. Kalau nak lagi cantik and meriah jurnal pemakanan korang tu, lekatkan picc makanan yang sihat and don't forget letak sekali gambar pakaian favourite yang bakal disarung ke badan korang when your body shape successfully targeted desired :)

Grass-nina-osenar-yoga-favim.com-150228_large
#9. Relax your mind with YOGA :)
Mengamalkan yoga merupakan salah satu yang boleh menenangkan hati especially sekali when mengalami stress sebab terpaksa berkorban untuk tidak menyentuh makanan berlemak ketika diet. Kita kan still teenager, so XTVT harian kita sentiasa memerlukan energy yang mencukupi untuk menceriakan hari-2 korang :) 

#so korang.. that's all from me :) aku tak tahu lah trick ni betul atau tak... and aku ditugaskan untuk menaip and menaip.... kpeace :)

#BUDAKETODD

Labels: ,

10 Express the magic to lure

Tumblr_lwv9hudbnf1r41313o1_500_large
Assalamualaikum :] Annyeong :] Hmm... Nak hilangkan rasa SEDIH ni... Bacalah... Tip[s] yang BULAT-BULAT aku amikk daripada YEZZ! Magazine yang aku baru beli tadi :P Hehe...

10 Ungkapkan Magik Untuk Memikat.

Do you want to be with me?
Menjalani hidup bersama maybe agak jauh lagi untuk dituju lebih2 lagi melihat usia korang yang still mentah. Namun, ungkapan ini buakn bermaksud manjadi suami isteri tetapi si dia sentiasa bersama dengan korang tak kira macam mana keadaan sekalipun.
Bila dia sentiasa kat sisi korang, ini menunjukkan yang boyz tu nak lebih serius menjalinkan hubungan dengan korang tauu!

What do you think?
Minta pendapat korang merupakn satu tanda yang dirinya bukan seorang boyz yang suka control diri korang. Baginya, pendapat korang pun memainkan peranan penting dalam aspek kehidupannya. Korang bukan je dinilai dari segi luaran, namun dinilai dari segi kecerdasan intelektual.

You're such a beautiful girl.
Kecantikan dikaitkan dengan sifat individu. Tak semua orang dianugerahkan kecantikan yang perfect. But, bila kalimah ni terucap dari partner, maka ia terus menjadi kalimah yang full of mean[s]

You are the bestfriend I've ever had.
Kabanyakan boyz just terpesona dengan kecantikan luaran je. Deorang tak peduli dengan siapa deorang sedang berdepan dan tak pernah mempersoalkan  mengenai gender seseorang tu.
 Namun, sekiranya boyz yang menyebut ungkapan ni, maka maknanya tentu amat mendalam. Dia bukan je mengagumi kecantikan, namun keperibadian korang jugak.

You are the first in my life. 
Wah! Jeles tak?  Janggal agaknya mendengar kata-kata demikian. But, menurut ahli psikologi, kata-kata ni mempunyai makna indah buat gurlz yang special. 'Pertama' menas pertama yang membuatkan diri gurlz sempurna until boleh membahagiakan orang lain termasuklah diri boyz tu sendiri.

You can read my mind.
Gurlz akan merasa senang bila mengetahui dirinya boleh memahami karakter partner nya. Bermula from memilih menu makanan until hobi yang disukainya. Mesti ada perasaan yang mengaitkan korang dalam dirinya.

I'm glad to have you.
Rasa grateful is satu perasaan yang jarang diungkapkan oleh orang ramai. Namun, bila ungkapan ni diucapkan to partner ny, maka hal tu seperti sangat bererti dan terus meningkatkan rasa kasih dan sayangnya kepada gurlz.

I love you.
Tiga kata universal apabila diucapkan pada waktu yang tepat, maka ia akan menjadi detik yang berharga buat diri gurlz. If korang berada dalam hubungan cinta, mengucapkan ungkapan ini berkali-kali surely akan membuatkan pasangan ini bahagia. Tak ada orang yang akan bosan mendengar tiga ungkapan ini especially bagi pasangan yang drunk dibuai asmara cinta --' Hee...

You are going to be a good mom.
Gurlz pada umumnya memiliki jiwa keibuan dan mengimpikan untuk memiliki keluarga dengan partner yang dicintainya. Saat ungkapan tersebut diucapkan, gurlz terus imagine the future sebagai seorang ibu dan saat-saat indah yang bakal diharungi bersama boyz yang dicintainya.
 Hal ini menunjukkan yang korang pun memiliki kriteria yang dicari oleh boyz for to be the wife candidates kelak :]

I'll always be there.
Ungkapan ini bermakna fullfilled the promise! Walaupun alam realitinya dia sentiasa busy, namun perasaan yang bahagia sure akan timbul sekiranya ungkapan ini sentiasa menjadi sebutan di bibir boyz.

#So... aku ada baca tajuk dia "I'll always be there" kalau buang ALWAYS tu.. Akan jadi I'll be there... Tu tajuk lagu BOYFRIEND >_<

#BUDAKETODD

Labels:

15 Cara Sebarkan Aura Cinta!

31 OCT, MONDAY 2011...
Haii!! Hari ni, aku nak tunjukkan tips yang ni pulak... HOHO!! 100% Bulat bulat aku ambil dari majalah YEZZ! Untuk bulan November :> #baru beli semalam tauu!! Okay!! 15 Cara sebarkan aura cinta!! Hurm... Menarik!! JOM TERJAH!!

1. Tak salah kan beli baucar diskaun kepada bibik atau pembantu rumah. Sebenarnya, dia banyak membantu korang tau! Memanglah dia melakukan semua hal yang berkaitan dengan korang kerana dibayar gaji, namun apa salahnya korang pulak membalas segala penat lelahnya tu!

2. Biar kali ni korang pulak jadi chef dekat rumah! Biarlah mummy korang pulak duduk bergoyang kaki. Penat berkerja seharian, balik rumah dah kena masak untuk family. Lapang dada bila dia pulang rumah, makanan dah tersedia di meja!

3. Bawa pulang KUCING yang cedera. Tak kesian ke tengok mengiau meraung kesakitan?? Daripada membiarkannya kesakitan, apa kata korang merawatnya di rumah!!? Tunjukkanlah nilai nilai kemanusiaan korang tu sikit! Barulah dinamakan MANUSIA :> (ayat sendiri)

4. Korang selalu tolak ajakan adik untuk menemaninya ke taman permainan. kali ni, layankan je permintaannya tu. Time ni la nak mengulang kembali detik detik seusia adik korang tu!

5. Hari ni rajinkan diri untuk buat homemade cookies! Sebenarnya nak bagi dekat BF, tapi tak salah kalau korang bagi pada kawan kawan sekelas. Mesti diorang happy dengan pemberian tu.

6. Click kan 'like' di setiap status kawan kawan korang dalam facebook. Langkah mudah untuk membuat semua orang happy.

7. Mulakan operasi mencabut uban daddy!! Mula mula dia pasti tidak menyukainya kerana mungkin runsing dengan kelakuan korang tu! Tapi, percayalah lama kelamaan dia seakan ketagih dengan kesedapan dicabut uban sehingga ke akarnya.

8. Reward diri sendiri dengan membeli ais krim paling besar! Rasakan sensasinya pada saat korang menyuakan ais krim tu ke bibir. Aduh... SEDAPNYA!

9. Buatkan teh panas untuk daddy korang sebaik je dia pulang dari pejabat! Walaupun hanya secawan teh, tetapi sudah cukup membuatkan dia sedikit lega setelah penat kerja seharian.

10. Kakak nak pinjam beg tangan kesayangan? Walau 'big no' diberikan sekalipun, dia tetap mahu meminjam. Apa kata kali ni korang mengalah. Okey, sekali je tauu!

11. Jadi assistant setia untuk mummy korang ke pasar! Alaa... Sekali sekala membantunya menjinjing bekalan makanan pulang ke rumah. Tak payahlah mengeluh. Tu kan sebahagian ibadah kerana menolong ibu bapa.

12. Belikan BFF korang sepit rambut yang cute cute. Rambutnya yang kusut masai perlu dirapikan. Pemberian sepit rambut tu pasti mengembalikan moodnya yang tak berapa nak baik tu.

13. Korang bertemu semula dengan kawan kawan sekolah lama yang dah lost contact. So, call lah diorang untuk berkongsi cerita perkembangan korang.

14. Pasti ada antara korang yang melanggan surat khabar atau majalah. Apa kata korang bagi sikit tips kepadanya ketika dia menghantar langganan korang ke rumah. Tanda terima kasih kerana setiap bulan surat khabar atau majalah berjaya sampai ke rumah.

15. Bagi korang yang ada akaun TWITTER. Postkan status tweet yang boleh membuatkan semua orang happy-go-lucky lah! Sesiapa yang membaca tweet korang tu pasti seronok membacanya.

Okay, setakat ni yang aku copy type hah!! LENGUH laa :> Apa2, thanks kepada korang yang SUDI sangat baca tips yang aku pakai copy tapi tak tahu maksudnya :> HE HE HE.. Assalamualaikum :>


#MRS. JEALOUS



Labels:

6 Sebab Boyz Mula CURANG!

22 OCT, SATURDAY 2011....
Yopaseyo! Hii hii! Disebabkan aku bosan yang teramat gila, ni aku bagi lagi tips yang tah apa2 aku pakai rembat je.. Hii hii... Baca kalau berminat okay!

"Teramat sering kau membuat patah hatiku 
Kau datang padanya tak pernah kutahu
Kau tinggalkan aku di saat ku butuhkan dirimu
Cinta tak begini selama ku tahu
Tetapi ku lemah kerana cintaku padamu..." Geisha- Jika Cinta Dia

Terlalu sedih bila si dia bermain kayu tiga. Payah rasa untuk korang terus menghadapi kenyataan yang perit ni! Apatah lagi mendapat kenyataan bahawa si dia sering berlaku curang. Saat boyz bertindak curang, bermakna dia sedang berasa tidak bahagia dengan hubungan yang terjalin. Tetapi, ada juga boyz yang tetap curang walau hubungan berlangsung baik tanpa masalah. Apa kes dher? Serabut betul! 

1. RASA CINTA MULAI HAMBAR.
Setelah sekian lama, biasanya boyz cepat terasa kehilangan rasa kasih pada korang. Tiada sebab yang tepat tapi cuma bersandarkan pada perasaan dan keinginan. Terasa hambar datang dalam pelbagai situasi yang sukar dijangka. Sebahagian boyz mengalami hal yang demikian hanya untuk mengalihkan perhatian dan hati mereka buat gurlz lain. Permasalahan hanya akan berakhir bila kehilangan pasangan mereka yang sebenarnya.

2. KORANG CEREWET DAN KUAT MENGOMEL.
Mungkin korang rasa tak adil tapi inilah alasan yang kerap diberi. Hakikatnya gurlz memang cenderung mengomel waktu menghadapi ketidakpuasan atau sebarang perkara yang tidak disukai. Pendek kata, membebel memang sifat natural gurlz. Cuma tahap bebelan kadang kala terlalu berlebihan. Hal ni sebenarnya membuat si dia sakit kepala. Lantas, boyz kerap mencari teman terdekat yang boleh memahami dirinya. Orang tu tentu je gurlz la!

3. KORANG MUDAH MEMAAFKAN.
Memang banyak gurlz cepat memaafkan ketidsetiaan si dia. (MACAM AKU) Jika cinta menjadi alasan, maka hal ni sering dimanfaatkan oleh para boyz. Sehingga dengan mudah boyz akan sering bercakap bohong, meminta maaf lalu semua kembali seperti biasanya. Ia terus berputar bagai kitaran selagi maaf mudah untuk dipinta.

4. KORANG TAK LAGI MAMPU MEMBAHAGIAKAN SI DIA.
Jalinan cinta yang terlalu lama akan membuat si dia penat. Bila sampai ke tahap ni, boyz akan mula mengabaikan korang. Sedih kan? Tentu je hal ni ada berkait rapat dengan situasi awal hubungan korang dan melayan mesra seperti sebelumnya. Sebaliknya, mereka mula melakukan terapi dengan mendekati gurlz lain untuk mengembalikan bahagia yang pernah dirasainya dulu.

5. MEMBALAS KECURANGAN YANG PERNAH KORANG LAKUKAN.
Boyz sati makhluk yang tinggi egonya. Mereka cenderung untuk mengubati kekecewaan yang dialami dengan melakukan hal serupa. Jika gurlz pernah bertindak curang, maka tidak hairanlah jika si dia akan melakukan hal yang sama. Perubahan ni dilakukan demi menyamakan kedudukan. Baru ADIL katanya!?

6. BOYZ SERING CEPAT TERGODA.
Kebanyakan boyz cepat tumpas dan tidak dapat bertahan jika ada gurlz mula menggodanya. Apatah lagi jika ada ajakan ajakan serta berunsur ke bentuk seksual. Kehadiran gurlz lain menawar untuk bermain cinta boleh saja membuat boyz memiliki peluang untuk menerima ajakan. Bila sampai ke tahap ni, kecurangan tidak boleh dihindarkan lagi. (Kalau aku, aku tendang terus dia punya ttutt! Baru dia rasa! Sakitnya hati aku!) 


Korang seilidik potensi berikut dalam perhubungan bersama si dia. Apabila hal ni terjadi, cubalah atasinya dengan bijak. Memang tidak ada jeminan si dia akan bebas dari jerat kecurangan. Namun belajarlah untuk saling menghargai dan memberi komitmen sewajarnya! 

OKEY, SEMUA FAKTA YANG AKU TAIP NI, BULAT BULAT AKU AMBIK DARI YEZZ! MAGAZINE. TQ.. ASSALAMUALAIKUM! :>


#MRS. JEALOUS

Labels:

Siapa Dia Di Sebalik FACEBOOK?

22 OCT, SATURDAY 2011...
Assalamualaikum korangs! Hari ni, aku tak ada topik nak diLUAHKAN la.. Okay, aku nak bagi satu benda ni je.. Baca kalau nak, tak payah baca kalau tak nak okay? :>

Foto Profil Bersama Selebriti.
Jika dilihat banyak foto-fotonya asyik berdampingan denganbintang popular, ia menunjukkan boyz ini gembira mempamerkan sesuatu yang mampu membanggakannya. Faktor yang dibanggakan dalam hal ini ialah selebriti itu sendiri. Maklumlah, tak semua orang berkesempatan bergambar dengan artis... APATAH LAGI DENGAN ARTIS KOREA KAN? HA HA HA! Inikan pula dia mampu memiliki foto bersama para individu terkenal. namun di sisi lain, dia juga sebenarnya boyz yang wawasan cukup luas dan ada banyak teman terutama GURLZ! OPSS....

Ada Ribuan Sahabat.
Wah, banyaknya orang dalam friendlist dia! Apakah dia berkawan dengan semua orang di planet ini? Hahaha! Apa yang korang tengok tak selalunya bermaksud buruk tau! Ini menandakan bahawa dia memiliki jiwa sosial, mudah mesra dan suka bergaul.. (MEMANG PON) Orang seperti ini selalunya berkeyakinan tinggi dan percaya kepada kemungkinan kemungkinan baru serta memiliki sikap optimistik. Dalam erti kata lain, dia memang kategori boyz yang membuatkan gurlz resah gelisah dengan sifatnya yang bercita-cita tinggi dan suka berfikir.

Foto Profil Dengan Gurlz!
Saat melihat sahaja foto yang menampilkan dia sedang bersama-sama dengan seorang gurlz pasti akan membuatkan korang terus bingung or bengang right? (AKU LAH TU) Satu situasi normal akan berlaku iaitu pertanyaan tentang siapakah gurlz tersebut. Mungkin boleh jadi gurlz tersebut kakak, adik atau sepupunya. Jika memang foto tersebut adalah keluarganya, jenis boyz yang satu ni bolehlah dipanggil cinta pada keluarganya. Dia tanpa ragu-ragu memperlihatkan kepada ramai ahli keluarga yang disayangi. Namun, sila hati-hati jika tanya gurlz tersebut adalah sebaliknya sebab boleh jadi si dia pemburu gurlz. Awas ya!

Selalu Update Status.
Catatan status adalah salah satu kunci paling jelas untuk mengetahui keperibadiannya. Apa juga hal, sewaktu seseorang menaip di statusnya, tentu saja dia menginginkan apa yang ditulis mendapat perhatian. Apatah lagi jika kemudiannya disusuli dengan komen komen daripada kenalan dalam senarai. Jika kebanyakan isinya berupa rengekan atau keluhan, itu menunjukkan si dia jenis orang yang emosional. Sekali gus memberitahu korang yang dia tak berupaya mengenali hidupnya dengan baik. Jika status yang ditulis selalu mengkritik orang lain bererti dia termasuk jenis boyz yang selalu ingin pada kesempurnaan.

Dapat Skor Tinggi Setiap Kuiz.
Kalau dia asyik mendapat skor yang tinggi dalam setiap kuiz dan memaparkan hasil markah tersebut agar ingin dilihat bagus, itu tandanya dia jenis boyz yang sangat kompetitif dan suka pada cabaran. Boyz seperti ini akan berasa bangga dengan apa yang berjaya dicapainya. Dia kerap fokus secara tajam dan ta mudah berputus asa. Meskipun dia memiliki sifat aktif dan berani, kekurangan boyz tersebut cuma selalunya sering tidak peka pada hal yang istimewa seperti tarikh hari jadi korang kerana asyik dengan sasaran sendiri.

Selalu Add Kawan Gurlz.
Bila je korang menjadi kawan baru bagi dia yang berada pada kelompok ini, sialah mengambil langkah berjaga-jaga pada hati dan perasaan. Jangan mudah tewas atau lekas cair dengan setiap apa yang ditulis. Kesimpulannya mudah je kerana sering kali gurlz yang menjadi kenalan baru dalam ruang maya ini hanya sekadar dijadikan sebagai koleksi sahaja. Ia bagai lambang kehebatan dan KEMACHOAN boyz menarik minat gurlz untuk menjadi kawan. Boyz seperti ini kurang sesuai untuk disenaraikan sebagai kenalan baru korang! Boleh jadi boyz ni juga BUAYA DARAT yang mencari mangsa terbaru. OEMGEE!

Kawan Boleh Dikira.
Don't worr, boyz ni bukan seratus peratus bermakna tidak ada ramai kawan walau nyata dah lama buka account. Jumlah kawannya yang sikit boleh jadi dia seorang yang setia, lebih suka pada yang betul-betul rapat atau agak sikit tertutup. Dia tidak membiarkan banyak orang tahu perasaanya yang sebenar. Untungnya bila dia ingin bersikap terbuka, boyz seperti ini selalu akan jujur dengan kata-kata dan apa yang dirasakan. Dia adalah orangy yang bukan senang untuk dibuat MAIN-MAIN tau!

OKAY, SEGALA FAKTA YANG AKU TAIP NI, BULAT BULAT AKU AMBIK DARI YEZZ! MAGAZINE :> TQ ... Assalamualaikum...


#MRS. JEALOUS

Labels: